Archive for the 'KEMENTERIAN KEBAJIKAN' Category

daily news

June 1, 2011

Phewit.

Phewit.

Phewitttttttttt….

Ya Tuhan. Sungguh aku rindu nak menulis. Sungguh sesungguh sungguhnya.

Bila aku baca balik post aku yang lepas-lepas, satu-satu aku buka, oooooo aku rasa macam benda tu semua baru jer berlaku walau dah dekat 2 tahun.

Aku menulis bukan sebab untuk orang lain baca apa yang aku tulis, tapi hanya untuk satu kenangan sebelum aku lupa suatu hari nanti. Nanti bila dah berumur 40,at least aku ada sesuatu untuk ditunjukkan pada anak-anak aku. Itu pun kalau mereka nak baca la.Phew.

Tiba-tiba rasa semangat nak menulis. HAHAHA.

Hope kali ini akan berterusan.

Maybe sebab aku sudah ada keyboard baru.Salah satu sebab aku malas untuk menulis kerana keyboard laptop aku rosak. Huruf S dengan W tekan guna lutut pon still tak keluar abjadnya.

Apa lagi aku nak cerita. Eiii banyak la. Tapi tak tahu mana nak start.

Oh ya. Aku baru saja celebrate Anniversary aku dengan dia yang ke -5 tahun. Then insyallah raya tahun ini aku akan bertunang. Pasal itu lain post aku cerita dengan panjang lebar.

Yang paling penting, hari ini aku masih lagi merajuk dengan dia. Merajuk mungkin sesuai untuk budak-budak , tapi aku hendak jugak cakap yang aku masih merajuk dengan dia. Dia tak nak layan aku. Tapi aku layan apa yang dia nak.
Sungguh tak adil.

Ok lah. Sampai saja disini.
Nanti terover excited. Takut tak dapat tidur malam.

aku ialah Leman

March 15, 2010

Nama aku Leman bin Dolah.Aku berumur seribu sembilan ratus lapan puluh enam. Aku lahir pada 24 tahun,jam 19 haribulan tahun 9. Kalau Leman nak cerita pasal kisah hidup Leman, tunggu makcik Nini (orang sebelah rumah) kahwin 4 pun tak habis lagi.

Leman dulu-dulu ada ramai kawan. Masa Leman masih lagi menuntut di sekolah sekitar bulan 1999-2001, semua dalam kategori kanak-kanak lagi walaupun ada seorang dua kawan Leman yang sudah pandai ‘mencret’ sendiri. Leman tidak ya.

Ramai kawan- kawan Leman yang dulu-dulu datang ke sekolah pakai songkok. Rambut semua masih sikat tepi, atau yang inginkan awek atau cikaro tengok, akan sikat belah tengah walaupun punggung Leman tidak se’tengah’ itu. Kalau dulu-dulu, Leman boleh bilang dengan 10 jari (jari cacat,kudung kena mercun, atau berjari lebih, ‘jari’ dalam seluar <– tidak termasuk) berapa kerat sangat yang mereng.

Masuk bulan 2002-2003, hari Januari berakhir Disember 2003, ada kawan-kawan Leman sudah naik seth atau mengalami kekeliruan jatidiri yang sungguh-sunguh mendadak atau tidak terancang. Yang itu biarlah. Leman pun nakal juga.

Masuk bulan 2006, sudah ada kawan-kawan Leman yang berjinak atau menceburi industri keduniaan berstatus global. Mula dari kecil-kecilan, sekarang sudah ada yang mampu tersenyum puas dengan segala usaha selama ini. Sedikit sedikit, lama lama jadi bukit. Menjejakkan kaki ke Key-Hell,ibarat kupu-kupu malam terbang dari kepompong atau reban (kaedah saintifik). Balik kampung Leman suka sangat dengar kawan-kawan Leman bercerita mengenai keindahan Key-Hell. Kawan- kawan Leman sudah pandai clubbing, pandai dressing (tinggalkan era selipar jepun), rambut sudah pacak-pacak, kolar baju tak nak lipat, walaupun gemuk tengkuk dan dagu membentuk ‘sebatian’, yang pandai ‘minum’ pun tak ketinggalan jugak bercerita mengenai kemahiran diri. Ye la, kat kampung Leman mana ada semua tu. Yang ada dikir barat saja. Leman tak kisah la. Itu hanya penampilan saja. Dan Leman pun teringin untuk menjadi uptodate macam kawan-kawan Leman. sungguh!

Usai sudah hari 2oo6, Leman langkau ke tahun 2008 la terus. Leman sedih.Leman sedih kenapa? Leman sedih sebab sudah ada kawan-kawan Leman yang menjadikan industri keduniaan bertaraf global sebagai satu kerjaya. Leman tahu kalau nak terlibat dalam industri ini memerlukan modal dan ‘jasa bakti’ yang besar. Kalau dulu Leman buleh bergurau dengan kawan-kawan Leman seperti main ‘ tipah kepalo’ kalau ada yang bangang, sekarang tidak lagi. Silap haribulan, kepala Leman akan jadi kenangan ataupun teks dalam ucapan doa arwah.

Masih lagi hari 2008 hingga sekarang la. Sudah ada 4 orang kawan Leman yang menjadi tokan-tokan besar.Itu cerita dulu. Dari 4, 2 orang sudah lari ke Gua Musang disembunyikan oleh keluarga masing-masing kerana Polis nak letakkan dalam rumah sewa berpagar. 2 orang lagi sudah berhenti,lari ke Sabah untuk cuci duit dengan menjalankan perniagaan halal. Sorang lagi kawan Leman sudah jadi sewel akibat terlebih ‘ resipi’. Leman nak cakap apa lagi?

Sekejap Leman nak kira. Hah, ada dalam 5 orang kawan Leman yang sekarang ini Leman tak tahu apa nak jadi. Kalau dulu kawan Leman ini mengaku ‘minum saja’, sekarang sudah pandai lebih dari ‘minum’. Bermula dari pil-pil kuda, mereka meluaskan pengaruh kepada jurusan Syabu. Selepas puas dan merasakan kurang ‘kick’ dan merasakan yang otak mereka tidak sepatutnya dirosakkan oleh bahan kimia yang bukan-bukan, mereka beralih kepada industri hiliran yang lebih bersifat semulajadi, tanpa bahan kimia, hanya menggunakan rahsia alam semulajadi, dari pokok.100% natural yakni Ganja. Dan sampai sekarang Leman nak cakap apa lagi. Leman tak nak mereka jadi ‘sewel’. Atau mencuba yang lebih kick; Heroin. Leman nak cakap apa lagi?

Leman kadang-kadang berharap agak kawan-kawan Leman kembali ke pangkuan keluarga tersayang; ingatlah yang tersayang. Leman pun tidak sebaik sangat, tapi Leman masih tahu mana yang baik dan buruk.

Leman sedih. Leman nak kawan-kawan Leman yang dulu. Dulu yang nakal + jahat, tapi masih pada tahap terkawal atau tidak memerlukan perhatian serius dari keluarga.

*Leman yang diceritakan diatas merupakan bekas pemenang MR. UNIVERSE bulan 2010 dan sekadar berkongsi cerita, Leman sendiri mengaku dia pernah meniduri seekor kambing jantan milik ketua kampung orang asli Tasik Chini. Leman Leman, apa nak jadi nie.

daily news

August 21, 2009

uhh..uhh..bosan sial+letih..cam gampang pon ada..ok2..

hidup aku totally berubah skunk nie..TOTALLY..hidup berubah dari seorang yang bergelar student zaman dulu kala, kepada menjadi seorang PEKERJA.

bangun pagi-pagi seawal 6.40am memang menyeksakan diri.sumpah.dulu, class pkul 8, 745 am baru bangun.skunk, istilah ponteng tu memang takde dalam kamus hidup aku.

malam sebelum tido, iron baju.new routine ok.

recycle 2 hari sekali since aku ada 2 pasang jer.hehehe.

715am btolak ke sungai buluh and sampai pkul 745am…nasib baik rumah aku skunk kat subang.so takde la aku stuck dlm traffic jem sangat.2 hari lepas  aku try bertolak  pkul 745am, and aku sampai pkul 845am kat ofis.hehehe..

kat ofis aku, ENGT*K METAL, aku dapat satu bilik.bilik yang agak luas la untuk position junior engineer macam aku neh.tapi, life aku kat sana all alone..semua sorang-sorang since aku 2 orang jer melayu kat sana.

memang xda life langsung.kerja aku hanya terperap dalam bilik, langsung tak bercampur dengan orang-orang kat luar.bukak jer pintu bilik, komfem aku dengar seleng cina.rasa macam aku kerja kat Shanghai.even makan pon sorang-sorang.takde siapa pon aku bleh borak..kalau datang ofis,memang betul-betul kerja la..mengadap file, plan bangunan yang bertimbun,dan sebuah pc untuk aku buat kerja..

paling tak boleh blah, kat sini sabtu kerja.sebab aku kerja kat manufacturer.so production mana bleh stop.tapi sabtu tu half day la..nak ambik hati, dia kasi pakai kasual..so bergaya sakan la aku.even xda member pon.. =(

*BOSAN SIAL!!

ikutkan hati aku, memang aku bosan giler2..aku plan nk tukar tempat kerja.tapi pikir-pikir balik, sayang jugak nak resign.sebab bos kat sini baik-baik, especially MR.Tan SL..cute giler muka dia, macam nobita..betul..tapi lepas ada probs yang agak “berat” sket untuk aku story, so biar aku sorang jer yang  tau..

aku ada suruh awek aku apply untuk trainer SIME DARBY..bulan 10 nie baru dapat tau result..so, aku harap dapatla..

aku bukan kejar sangat gaji, tapi aku nak kawan jer..kawan yang bleh borak-borak dengan aku time kerja, so xda la aku memberuk kan diri aku sorang-sorang kat sana..

=( xtau lagi nak describe lagi camne..bosan+ tapi sayang nak resign..

camne eh??

** neway, congratz untuk my baby yang convo aritu..slamat jadi career women ok..wish u best of luck and murah rezeki la..xtau rezeki kot bi camne..hehehe..

nak serbis!!!!!huahuahauhuahauhua

daily news

July 14, 2009

kelebihan manusia dinding.

  1. masuk telinga kiri keluar telinga kanan
  2. diam
  3. tidak ada emosi
  4. tidak serius atau payah
  5. time tidak boleh ketawa, dia ketawa
  6. time ketawa,dia ketawa
  7. menggunakan taktik berfikir bila mendengar.mcamana tuh?
  8. mudah mengantuk bila topik itu diulang banyak kali
  9. tidak tahan dengan bauan katil bujang
  10. masa buang sampah yang tidak diiktiraf oleh Persatuan Perajurit Kekasih Bersatu Malaysia (SensaOil)
  11. menggaru punggung bila tidak tahu bercakap
  12. tidak meminati doktor.nurse lagi terbaekkkk!!

“eh, kau nie macam dinding la.sia-sia jer aku cakap ngan ko.bukan ko dengar pon”,sambil tangan tunjuk-tunjuk atas muka.

“dinding nie la yang tahan 7 tahun tau tak”,uhh uhh uhh.sambil tangan ramas-ramas brea*t.