Archive for the 'KEMENTERIAN HOROSKOP MALAYSIA' Category

daily news

June 3, 2011

Esok cuti.

Maksud aku esok hari Sabtu. Apa yang nak dihairankan sebab Sabtu memang kebanyakan orang cuti.

Kebanyakan, tapi bukan aku.

Bekerja di company yang berlainan bangsa *mata sepet memang susah untuk dapat yang boleh cuti Sabtu. Bukan tak ada langsung, tapi kalau yang jenis betul-betul old school punya *mata sepet memang macam tu.

No benefit at all. Kerja sebetul-betul kerja.

Memandangkan esok birthday Y.D.Agong, betul-betul jatuh hari Sabtu, memang tadi dekat pejabat, aku langsung tak ada mood nak bekerja. Office lengang since banyak yang cuti.

Aku ambik peluang main daun terup sampai ke petang. Rasa rugi pulak aku tak balik kampung. Plan nak pergi pejabat EPF settlekan pasal duit nak repair rumah, tapi delay lagi. Malas pulak aku rasa nak sangkut dalam jammed dekat faderal tu.

So esoknya kalau ikutkan plan, maybe aku akan ke Janda Baik. Ada apa kat sana aku pun tak sure lagi. Katanya ada air terjun. Ntahla. Macam malas pon ada. Kalau ikutkan percent malas tu, ada dekat dengan 80% dalam diri aku sekarang nak pergi. Since “dia” semangat sangat, aku ikutkan saja. Kalau boleh aku nak tidur saja esok. Dah agak lama rasanya aku tak pernah tidur lambat malam Jumaat dan bangkit lewat hari Sabtu.

Balik saja kerja,maksud aku Sabtu, baru nak lelapkan mata, tengok jam sudah petang. Rushing bersiap untuk keluar dengan “dia”.

Tengok.

Pasal “dia” aku just ikut saja apa yang dia hendakkan.

Maybe “dia” akan kata aku tak ikhlas esok, tapi kalau pasal perkara yang aku hendakkan, aku boleh kata ” Dia Memang Drama Queen”.

Oh ya lupa, aku punya mini cooper dah bertayar baru 4 biji. Rasa confident sikit nak drive jauh-jauh. So next month, aku plan nak tukar bateri pulak.

Semua benda perlu perancangan. Especially kalau yang melibatkan duit.

Aku tak mahu kaya, aku nak dimurahkan rezeki saja.

Amin.

Advertisements

aku juga lelaki

March 18, 2009

Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan
mengambil berat (prihatin).

Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik.Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi.
Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak
persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat.
Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan
sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita.
Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..
sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton
Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak
wanita keluar kali pertama! Lelaki cuba meniru gaya selebriti
atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud
dia berkata tidak atau kurang setuju. Bila lelaki cakap
direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan.dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.

Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang
bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat
berjalan dgn lebih baik.Bila lelaki tertengok dada wanita
dan wanita itu menyedari.maafkan saja.Kebanyakan lelaki tak sengaja.Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih.cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang
Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka
lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg
dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau
pandangan luarannya.

Jadi, perempuan janganlah mengharapkan
semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai
kelemahan.

daily news

December 20, 2008

jangan la kamu “excited” sangat cerita pasal tabiat “semulajadi” kamu dengan orang lelaki..

“mensampah” jawapan dia..

“lagi-lagi mensampah” kalau kamu “excited” bagitau orang lelaki yang duit kamu habis selepas borong “kasut vincci” yang berharga tak sampai RM50- sepasang atau sehelai “jeans ladylike” yang berharga tak sampai pun RM70..

ohh pls la..

lelaki yg baik sikit akan jawab;

“ala..terpaksa layan la..nanti merajuk plak gf aku”

esoknya aku 1st paper

November 3, 2008

*gua xda scanner..curik dari blog mimie

nk cerita pasal zaman skolah gak bleh x??
since member2 gua semua cerita pasal zaman skolah skunk nie..

ala..(gedik mode sambil goyang-goyang punggung)
gua lupa la gua tak pernah skolah betol-betol dulu..
gua banyak tolong makcik kantin jual kuih dari gua masuk class..
tapi gua bangga time tu sebab gua kena baca doa tiap2 hari kat assembly pagi..
walaupun gua eja doa tu dalam bahasa melayu..ngeh ngeh ngeh..