Archive for the 'KEMENTERIAN SAINS' Category

daily news

March 6, 2010

bosan gila aku malam nie.plan nak ke shah alam, tapi malas la pulak.last2 duduk rumah depan tv main berukband.tengok bola.nak layan EPL, aku punya pakcik pulak excited nak tengok bola malaysia; SELANGOR LWN KEDAH. rumah dia, tv dia,astro aku bayar, elektrik aku bayar, so aku mengalah la.

AKU 1000000000x!! menguap tengok  budak tadika tendang bola dan annoy gila dengar suara suara Hasbull*ah Awan*g yang mengulas macam tengah ulas game piala dunia.cara kawal bola langsung tak kemas tapi duk terpekik macam bola dah nak gol.tapi kan.asal tiap kali aku tengok game bola malaysia, aku rasakan BOLA tu terlampau besar dari saiz pemain kita.tak kan la pemain kita kecik sangat compare dengan pemain mat saleh sana.bak kata pakcik aku,

‘BETO YIE.poksu kelih bola tu tinggi sapa ko paras stokin player’

malas aku nak cakap pasal bola.aku bukan pandai main sangat pon.main bola sendiri pun terkial2 lagi..hehe*oh.baiknya aku. =)

kelate mene kot lawe T- team..1-0!!

Advertisements

week lepas

July 28, 2009

aku ke KL untuk interview pada malam jumaat. 20hb (isnin) untuk company besi untuk position technical engineer dan 25hb (jumaat) untuk syarikat kontraktor sebagai site engineer.

20hb. aku sampai seawal jam 9am even aku punya appointment jam 10am.so lepas siap isi borang interview, aku naik berjumpa dengan kilang punya manager, MR. Tan. Otw nak ke pejabat di tingkat paling atas, aku perasan yang company aku apply nie just ada 2 orang melayu saja. satu di bahagian receiptionist dan sorang lagi pembantu am rendah. yang lain semuanya cina. dalam kepala otak aku time tu, aku dah terbayang pressure yang akan aku terima. tapi dengar cakap-cakap orang, kalau nak pengalaman lebih,sila kerja dengan orang cina.

MR.Tan tidaklah terlampau tua sangat bagi aku. umur dalam lingkungan awal 40-an. First sekali yang dia soal aku pasal gaji yang aku letakkan terlampau tinggi untuk fresh graduate. Rate untuk freshie macam aku just RM1800- RM 2100 since tiada pengalaman kerja lagi. Mana aku tau, aku main letak jer RM2500.

Pointer tidak jadi masalah actually dalam market kerja. Interview just nak tengok macamana cara kita jual diri kita, maksud aku cara kita  communicate dengan dia. langsung dia tak sentuh aku punya resume yang aku letak atas meja. aku merapu bila ditanya soalan.jawapan kena yakin dan tidak boleh teragak-agak.

since company yang aku interview ada kaitan dengan steel design, nasib baik la malam sebelum tu, aku merajinkan diri untuk tengok design calculation for beam, slab, foundation,column. orang cakap be prepared. so takde la aku mangkuk sangat pergi interview.dan guess wut, masa interview MR.Tan kasi aku penangan soalan design untuk slab bangunan. dia cakap nie soalan paling simple, kalau aku tak boleh jawab, dia suruh aku balik.

=) alhamdulillah.

selesai sudah.

***********

25hb aku ke seri kembangan untuk syarikat kontraktor.vacancy 10 position, 2x sesi interview,interview hari first yang datang dah 11 orang.so memang kira fight gila aku rasa time tu. ada yang fresh graduate,yang dah bekerja pun ada. so dalam kepala otak aku memang dah xnampak harapan la nak kerja sini.

masuk jer interview, 3 orang panel depan aku. yang sorang tu manager syarikat.dia tak bercakap, hanya MENGHISAP ROKOK depan aku.berkepul asap dalam bilik meeting. first soalan aku kena cautim pasal gaji lagi. aku dah letak rendah weh, still kena jugak.kiamak.

pointer langsung tak tengok,just dia suruh ceritakan tentang pengalaman yang aku tahu pasal construction. aku cakap aku lebih kepada designing structural and design calculation since masa praktikal dulu di USM, aku kena buat design untuk bangunan cafe dan wad hospital. tu jer yang aku cakap.pastu ada la aku tau sket2 pasal construction punya process.

xsampai 20 minit interview, selesai.

=) balik upm sambung tido kat hostel ngan adik aku. sembahyang jumaat tak pergi since satu serdang takda air time tu. heeeee…

ahad 26hb..balik kelantan.tunggu jawapan kat rumah.

LI # 3

May 31, 2009

LI #2

May 22, 2009

ahad.inventori pintu.

isnin.sama.ahmad albab.

selasa.ada kemajuan sket. check ahmad albab dan masuk site bangunan quadrangle radiologi.woh.lawak seh bila masuk site, pakai long sleeve dan berseluar khakis,dari jauh lagi mat-mat indon tengok kami bertiga jalan masuk site construction, semua lari buat kerja.yang mana tak pakai safety boot,smua pakai ngan tiba-tiba.maybe diaorang ingat kami engineer kot.kot la.sedapkan hati.hehe.

rabu.ahmad albab lagi.

khamis.ahmad albab lagi.yang paling best,bila aku kena masuk unit farmasi.ada la sorang pegawai tu mintak aku masuk kawasan restricted area dalam unit tu.so aku masuk la.sorang jer bleh masuk dalam tu sebab kawasan tu dipanggil bilik bersih.kena pakai kasut lab,tinggal semua barang2 yang boleh bawak kuman,nasib baik boxer aku xkena pecat.kawasan lembah beb, xkan la xbanyak kuman kan..hehe..dan yang paling lawak bila time kena pakai lab coat.aku tengok jer baju lab tu.aku xtau macamana nak pakai baju tu.pegawai tu aku xsempat tanya dia dah masuk salin baju.dia just kain biasa,banyak tali-tali.dan..dan..dan..aku pakai baju tu macam orang pakai kain ihram.terkedek-kedek aku jalan masuk unit farmasi tu.dengan tangan ada dalam baju,macam orang bodoh seh aku.hehehe..smpai la aku kena gelak dengan pegawai tu dan dia tarik aku keluar balik.rupanya2 dia tersilap kasi aku alas meja untuk lab punya.bodo..bodo..bodo..1000x!!