Archive for July, 2009

daily news

July 28, 2009

sambung dari week lepas punya entry. =)

sampai rumah dalam pukul 6pagi. balik dengan syg.first time balik dengan dia jauh-jauh naik bas.nak menggatal dalam bas tak boleh sebab seat aku depan skali.sebelah pakcik driver. so buat-buat tido jer la dalam bas even aku tak tido langsung pon sampai kelantan.

sampai rumah, pkul 8am aku pasang hajat nak tidur. tak sampai 2jam aku tido, pkul 10 aku dapat panggilan talifon. aku time tu mamai lagi angkat call.

kemudian aku dengar satu ayat yang aku tunggu-tunggu sebelum nie.

“en nadzri aa, u bila boleh datang kerja sini? u punya interview pihak syarikat terima lor.tahniah”

terbeliak mata aku time aku.hilang terus mengantuk.

syukur alhamdulillah. so lepas bincang dengan parent, pihak company, aku delaykan tarikh aku masuk kerja.

so 11.OGOS 2009 aku akan jejakkan kaki aku SUNGAI BULOH untuk kali pertamanya dalam hidup aku bergelar sebagai seorang Technical Engineer dalam bidang yang aku minat sangat,which is design and  structure calculation .  alhamdulillah.

actually kan, aku bukan nak berlagak.sebenarnya aku memang confident gila yang aku memang akan dapat position nie.ntahla. aku pun xtau nak cakap macamana, tapi tu lah. rezeki Allah nak kasi. alhamdulillah.

*untuk syg,jangan giv up ok.insyallah nanti ada la rezeki tu. kalau boleh,bb nok sayang lulus interview kat power plant tu. so bleh kito kijo samo2 kat sungai buloh tu. amin.

Advertisements

week lepas

July 28, 2009

aku ke KL untuk interview pada malam jumaat. 20hb (isnin) untuk company besi untuk position technical engineer dan 25hb (jumaat) untuk syarikat kontraktor sebagai site engineer.

20hb. aku sampai seawal jam 9am even aku punya appointment jam 10am.so lepas siap isi borang interview, aku naik berjumpa dengan kilang punya manager, MR. Tan. Otw nak ke pejabat di tingkat paling atas, aku perasan yang company aku apply nie just ada 2 orang melayu saja. satu di bahagian receiptionist dan sorang lagi pembantu am rendah. yang lain semuanya cina. dalam kepala otak aku time tu, aku dah terbayang pressure yang akan aku terima. tapi dengar cakap-cakap orang, kalau nak pengalaman lebih,sila kerja dengan orang cina.

MR.Tan tidaklah terlampau tua sangat bagi aku. umur dalam lingkungan awal 40-an. First sekali yang dia soal aku pasal gaji yang aku letakkan terlampau tinggi untuk fresh graduate. Rate untuk freshie macam aku just RM1800- RM 2100 since tiada pengalaman kerja lagi. Mana aku tau, aku main letak jer RM2500.

Pointer tidak jadi masalah actually dalam market kerja. Interview just nak tengok macamana cara kita jual diri kita, maksud aku cara kita  communicate dengan dia. langsung dia tak sentuh aku punya resume yang aku letak atas meja. aku merapu bila ditanya soalan.jawapan kena yakin dan tidak boleh teragak-agak.

since company yang aku interview ada kaitan dengan steel design, nasib baik la malam sebelum tu, aku merajinkan diri untuk tengok design calculation for beam, slab, foundation,column. orang cakap be prepared. so takde la aku mangkuk sangat pergi interview.dan guess wut, masa interview MR.Tan kasi aku penangan soalan design untuk slab bangunan. dia cakap nie soalan paling simple, kalau aku tak boleh jawab, dia suruh aku balik.

=) alhamdulillah.

selesai sudah.

***********

25hb aku ke seri kembangan untuk syarikat kontraktor.vacancy 10 position, 2x sesi interview,interview hari first yang datang dah 11 orang.so memang kira fight gila aku rasa time tu. ada yang fresh graduate,yang dah bekerja pun ada. so dalam kepala otak aku memang dah xnampak harapan la nak kerja sini.

masuk jer interview, 3 orang panel depan aku. yang sorang tu manager syarikat.dia tak bercakap, hanya MENGHISAP ROKOK depan aku.berkepul asap dalam bilik meeting. first soalan aku kena cautim pasal gaji lagi. aku dah letak rendah weh, still kena jugak.kiamak.

pointer langsung tak tengok,just dia suruh ceritakan tentang pengalaman yang aku tahu pasal construction. aku cakap aku lebih kepada designing structural and design calculation since masa praktikal dulu di USM, aku kena buat design untuk bangunan cafe dan wad hospital. tu jer yang aku cakap.pastu ada la aku tau sket2 pasal construction punya process.

xsampai 20 minit interview, selesai.

=) balik upm sambung tido kat hostel ngan adik aku. sembahyang jumaat tak pergi since satu serdang takda air time tu. heeeee…

ahad 26hb..balik kelantan.tunggu jawapan kat rumah.

daily news

July 14, 2009

kelebihan manusia dinding.

  1. masuk telinga kiri keluar telinga kanan
  2. diam
  3. tidak ada emosi
  4. tidak serius atau payah
  5. time tidak boleh ketawa, dia ketawa
  6. time ketawa,dia ketawa
  7. menggunakan taktik berfikir bila mendengar.mcamana tuh?
  8. mudah mengantuk bila topik itu diulang banyak kali
  9. tidak tahan dengan bauan katil bujang
  10. masa buang sampah yang tidak diiktiraf oleh Persatuan Perajurit Kekasih Bersatu Malaysia (SensaOil)
  11. menggaru punggung bila tidak tahu bercakap
  12. tidak meminati doktor.nurse lagi terbaekkkk!!

“eh, kau nie macam dinding la.sia-sia jer aku cakap ngan ko.bukan ko dengar pon”,sambil tangan tunjuk-tunjuk atas muka.

“dinding nie la yang tahan 7 tahun tau tak”,uhh uhh uhh.sambil tangan ramas-ramas brea*t.

gugu gaga errayie

July 11, 2009

takda kena mengena pon tajuk.saja.

huh.heaven.heaven.heaven.

bulan lepas takde masa langsung nk upload blog.

start dari rumah yang under construction,tukang cat yang lembab nak mampos,atap rumah yang senget, tar jubin yang sangat tidak kemas dipasang,report praktikal dalam masa 2 hari, jamuan sana-sini (bekwoh),majlis pertunangan kakak aku,kereta yang kemek lepas eksiden, baru pagi nie aku dapat bangun lewat.ahhh…

selalunya, tak kira la hujung minggu, public holiday ke, pkul 7 aku dah bangun.amat-amat siksa ok.hari minggu rasa semacam hari bekerja.

tapi pagi nie, aku bleh bangun pkul 9, kemudian sambung tido depan tv, kemudian bangun lagi, sambung lagi  tido dalam bilik, bangun makan “nasik blauk”, sambung tido lagi, pkul 3 baru bangun..heaven.

parent aku tak bising langsung. dulu, pkul 7 dah terjerit-jerit dari tingkat bawah.kalau tunjuk muka tak puas hati;

“mu nie,besar ko tido jah panda”, ayat otromen Taro @ abah. and bla bla bla sampai la aku tercegat sebelah dia.

pasal kerja.aku ada la terima interview dari syarikat.takda la banyak sngat.dalam 5 syarikat. 5-5 aku tolak masuk longkang.sebab tarikh interview jatuh hari aku praktikal dan aku xdapat nk adjust tarikh.jauh tu.aku kat kelantan.takkan aku nak ulang alik naik bas kelantan -kl, kelanyan -kl, kelantan -kl, kelantan -kl, kelantan -kl (cukup 5 ulang alik).

tiket RM 60. RM 60 x 5 = RM300.

mana nak cari duit banyak tu.tapi.tapi.

interview yang 20hb nie aku akan pergi.area Sungai Buluh.bincang dengan  parent, pegi jer mereka cakap.mana tau ada rezeki.kalau takda,tunggu la lagi.hope aku akan dapat kerja sblum bulan 12 nie.kalau xdapat jugak,maybe aku akan sambung master civil.plan aku nak sambung master management bila dah kerja nanti.so senang la nak naik pangkat.kuang2..

ok.malam nie hantar abang aku ke airport.ngan adik sama.last aku naik flite masa darjah 1.abang nak ke US hujung bulan 7 ni, dan kakak aku nak ke Melbourne hujung minggu nie untuk PHD.tu pon kalau visa nya sempat siap.

oh ya lupa.kucing aku dah beranak.3 ekor.1 jantan, 2 betina.

esok janji dengan pok cek nak beli ikan gupi,’peacook’ dlm bhasa kelate.mana aku nk letak aku pun xtahu.

praktikal tinggal seminggu lagi tau.rindu banget sama orang-orang di bawah.