Archive for May, 2009

LI # 3

May 31, 2009

daily news

May 23, 2009

siapa cakap aku tak rindu dia?

rindu ok.

siapa cakap aku selalu kutuk dia?

dari seorang teman kemudian menjadi orang yang istimewa.mungkin aku terlalu terbawa-bawa perangai dulu ketika menjadi dia ku anggap sebagai teman.

siapa cakap dia boring?

dia xpernah memboringkan atau membosankan.

siapa cakap dia tak cantik?

bagi aku dia cute.bukan korang yang nak kawin dengan dia kan.cantik pada pandangan aku sudah cukup.

siapa cakap dia manja?

dia manusia yang boleh survive jika kena lepas tengah-tengah hutan.

walau siapa-siapa pun dia,dia tetap istimewa dalam hidup aku.

LI #2

May 22, 2009

ahad.inventori pintu.

isnin.sama.ahmad albab.

selasa.ada kemajuan sket. check ahmad albab dan masuk site bangunan quadrangle radiologi.woh.lawak seh bila masuk site, pakai long sleeve dan berseluar khakis,dari jauh lagi mat-mat indon tengok kami bertiga jalan masuk site construction, semua lari buat kerja.yang mana tak pakai safety boot,smua pakai ngan tiba-tiba.maybe diaorang ingat kami engineer kot.kot la.sedapkan hati.hehe.

rabu.ahmad albab lagi.

khamis.ahmad albab lagi.yang paling best,bila aku kena masuk unit farmasi.ada la sorang pegawai tu mintak aku masuk kawasan restricted area dalam unit tu.so aku masuk la.sorang jer bleh masuk dalam tu sebab kawasan tu dipanggil bilik bersih.kena pakai kasut lab,tinggal semua barang2 yang boleh bawak kuman,nasib baik boxer aku xkena pecat.kawasan lembah beb, xkan la xbanyak kuman kan..hehe..dan yang paling lawak bila time kena pakai lab coat.aku tengok jer baju lab tu.aku xtau macamana nak pakai baju tu.pegawai tu aku xsempat tanya dia dah masuk salin baju.dia just kain biasa,banyak tali-tali.dan..dan..dan..aku pakai baju tu macam orang pakai kain ihram.terkedek-kedek aku jalan masuk unit farmasi tu.dengan tangan ada dalam baju,macam orang bodoh seh aku.hehehe..smpai la aku kena gelak dengan pegawai tu dan dia tarik aku keluar balik.rupanya2 dia tersilap kasi aku alas meja untuk lab punya.bodo..bodo..bodo..1000x!!

LI # 1

May 16, 2009

Isnin.pertama kali jejakkan kaki ke Unit Kejuruteraan dan Penyelenggaraan.awal gak la aku datang daftar.even dalam surat tulis pkul 810am, pukul 730am aku dah terpacak depan pintu pejabat.gelap lagi seh.gila apa.datang awal la sebab.sebab.sebab aku datang dengan mama aku.hehehe.anak mama kan.

Isnin jugak kenal dengan Ketua Jurutera Awam.Ir Suwandie Makhtar.which is very-very-very sporting and agak gila-gila siket otaknya.semua orang yang lalu depan biliknya, dia akan pelawa masuk.ada krisis dengan jabatan pembangunan.katanya susah kalau berurusan dengan “engineer kasta tinggi”.

Selasa.pertama kali aku masuk meeting tentang syarikat Colourland,company local untuk propose produk cat mereka.dari situ la aku kenal Jotun, ICI Paints,Nippon,Dulux.dan aku juga dah tahu untuk bezakan jenis-jenis cat high gloss,glossy,epoxy cat,matex,coating.so kalau ada siapa2 yang kat luar sana nak berbahas tentang cat dengan aku, silakan.eksen gila babi mat yie.caihsss.

Rabu.aku melawat masuk site HUSM.projek menaiktaraf bangunan sediada dari satu tingkat up kepada tiga tingkat.kiranya dirikan bangunan atas bangunan.dari situ aku dapat belajar siket teknik-teknik yang digunakan untuk naikkan column@ tiang atas bangunan yang sediada.hanya gunakan cap untuk column,kemudian drill masuk reinforcement steel.dan tiang pun siap.simple.disebabkan simple,IKRAM terpaksa dipanggil untuk melakukan testing bangunan.hasilnya memang cukup syarat FOS (factor of safety).

Khamis.aku declare offday.sebab aku malas nak jalan-jalan masuk office.lepak lab suda.