Archive for September, 2011

daily news

September 10, 2011

Aku tak suka bila ada perasaan macam nie.

Maksud aku perasaan bila terpaksa meninggalkan sesuatu yang aku rasa selesa, sayang.

Isnin depan aku akan bekerja di tempat baru.

Mungkin rezeki aku hanya di kilang-kilang sahaja. Ya aku terima. Langsung aku tidak pernah mengeluh dengan kurniaan Tuhan walaupun aku sebenarnya lebih meminati bidang kontaktor.

Tadi last day kat office.

Sayu jugak hati terasa.

Teman time sedih, gembira, rokok sekaki ,ponteng sembahyang, makan ,mengumpat, simpan rahsia, ponteng puasa.

2 tahun.

Rasa macam dah lama aku kerja kat sana.

Betol.

Tadi sesi bergambar.

Semua orang aku rasa macam nak peluk.

Mr.Ricky, Mr.Tan Nobita, Chris Lau Sizuka,Dayang Ku Intan, Penyu, Mr.Azmi ‘Mee Kote’, Sabariah, Fong Tiah, Abg Lie Gangster, Abg Zul BabyFace, Abg Azan Bodyguard, Ms Lim Comel-i like, Ms.Ong Crazy Mummy, Jennifer Hot Mama, SCNG Herbalife,Kelvin Yap Imam Muda, Ah Be Audit, Sam Tnay, Peggy Oh Ling, Samantha, Nora Masa Berlalu.

Semua satu geng.

Sumpah aku akan rindukan korang semua.