Archive for May, 2010

daily news

May 2, 2010

Aku nak berhenti kerja.

Tapi still tak dapat offer lagi.

Bukan aku tak bersyukur  tapi tiap-tiap kali datang kerja, aku benci berlakon yang aku gembira datang kerja..

Hari-hari jiwa aku ada kat tempat lain, jasad ada kat office.

Aku benci bila tiap-tiap kali aku buat kerja, akan ada soalan-soalan bodoh semacam aku nie tak boleh diharap langsung untuk buat kerja.

Aku langsung tak ada kawan kat sana.Kalau ada yang melayu pun sorang, tak habis-habis berlagak.Semua kena dengar arahan kau. Projek masuk keluar semua kena tunjuk, dengar cakap kau.Yang paling aku tak tahan, kau kalau boleh nak aku buat design  sama dengan kau design. Alasan senang untuk kau check..Aku nak cakap kau bodoh bangang.Design benda yang subjektif. Tiap-tiap orang ada skill sendiri. Selagi production boleh jalan kat factory, benda tu tak ada masalah.Kau boleh paksa kuda masuk dalam air, tapi kau belum tentu boleh paksa kuda minum air.

Perangai bodoh kau yang aku rasa annoy gila,kalau ada masalah, jawapan kau mudah gila.

.”ntah, aku pun tak ingat kenapa jadi camni..nie kan projek ko, ko la yang lebih tau. baik ko study balik”.

Last-last aku yang kena marah padahal semua kau yang arahkan dari A sampai Z. Sumpah kalau ada sorang lagi melayu kat sana, komfem muka kau pun aku tak akan pandang lagi ape lagi nak borak-borak dengan kau. Aku nak jer rasa bagitau bos biarlah semua benda yang aku dapat aku uruskan sendiri. Sekurang-kurangnya bala yang datang semua dari apa yang aku buat..Buat apa aku nak dukung biawak mati atas belakang kalau aku sendiri pun tak pernah bela biawak.

YA ALLAH..engkau murahkanlah rezeki aku.