Archive for February, 2009

bosan

February 27, 2009

Patah sayap.
Bila seorang rakan nyatakan hasrat,”yie, aku pinjam kereta 2 hari.nak pegi kl”.

Hidup, bila sentiasa senang camni la jadinya.

Aku rasa aku sudah kembali pada zaman “dulu-dulu tu”.

“Zaman tiada transport”.

Aku ikut saja mana member nak bawa.dari makan malam di restoran yang katanya sedap, tapi bagi aku makanan kat situ seolah-olah baru lepas kena goreng dengan kaki, bangun awal untuk ke kelas, tapi lambat juga menunggu driver bersiap, terpaksa keluar lepak dengan kawan-kawan yang merasakan mereka lagi arif dengan dunia, walaupun umur hanya berbeza 2 tahun,terpaksa buat muka bosan untuk tarik perhatian driver untuk pegi Summit.

Untuk dapatkan sesuatu, semua kena buat muka “terpaksa”.

“Terpaksa isi miyak banyak kali dalam seminggu semata-mata nak layan mood driver yang suka racing tak bertempat”. Bertambahla naik lemak sebab minyak orang tanggung.

“Merempit”.

Bagi orang lelaki, pondan la kalau mana-mana lelaki tak pandai rempit motor.

Aku pondan ke kalau aku cakap aku kurang cekap bawa motor.

Yang aku tahu, esok mini cooper aku sampai.
Tata boon siew Honda.

koyok.maafkan aku.

February 26, 2009

0004000pmna0003000pmna2

BRO.KoY

they all fall in love when they were young

may god bless them.

even their face look like “Abu Sayaf”.

FieZaliciOus

*pengakuan koy beristerikan supergirl.dipetik dari majalah D’Ranjang. segala artikel dibuat dengan kebenaran penulis.artikel ini dibuat bertujuan mendatangkan keinsafan terhadap manusia yang mengamalkan cara hidup beristerikan lelaki atau adik kembar sendiri dengan tujuan tidak mahu berpisah.

___________________________________________________

Pagi itu pagi minggu. Pagi minggu ialah cuti. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu fieza saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas fieza menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar fieza saya. Fieza saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu fieza saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang fieza saya kerana takut fieza saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Fieza saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Fieza saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari fieza saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi fieza saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Fieza say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab fieza saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu fieza saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, fieza saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan fieza saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun tertidur. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya menjadi pengutip tin dan tayar buruk num 1 di malaysia sekarang.

semalam di parit raja

February 24, 2009

image0482

image0512

karoake.dengan seorang member yang akan performed time annual dinner nanti.

siapa?rahsia la.

“pitching lari seh ko,camne nk nyanyi neh”, bukan aku.

bluwek.

kawan part 1

February 23, 2009

aku suka tambah geng.dari geng yang baik,mengumpat,ada geng yang samseng tak bertempat,perosak,perasan macho,berlagak “kaya”,ada geng yang nakal,kelakar.

manusia.memang tuhan jadikan dengan isi otak yang berbeza antara satu sama lain.

dalam banyak-banyak geng aku kat sini, ada “seorang” yang tertinggal.aku cukup kesian.aku tak tahu either ayat “kesian” tu sesuai atau tidak.dia kawan aku.malah aku rasa dia rapat dengan aku.even dulu aku dulu hanya kawan biasa.

aku pasang telinga kiri kanan,mesti ada benda yang kurang elok aku dengar dari “geng”. A smpai Z.aku sekadar dengar bukan menyokong.kamu hanya “geng” bila masing-masing senang.datang masalah,kamu cabut.bila senang, kamu datang balik.

aku bukanlah baik sangat,tapi aku berpegang dengan kawan.even susah senang.kalau dulu dia boleh ketawa sebelah kamu, kenapa sekarang bila dia ada masalah, kamu langsung tak pernah tunjuk muka.

ikutkan hati, aku cerita semua masalah dia.tapi aku risau korang semua tak boleh terima.

biarlah.doakan semoga ayah dia sembuh.