Archive for August, 2011

Daily News

August 17, 2011

Macamana aku nak start.

Erm aku sudah dapat tempat kerja baru.

Dan:-

Aku dah accept dia punya offer letter.

Dan:-

Aku masih sayangkan office lama aku.

Dan:-

Buat aku jadi serba salah sekarang.

Lets start here.

Aku apply kerja baru dalam bulan 4 lepas. Plan nya aku risau takut aku tak dapat increment gaji. Yelah, siapa yang boleh tahan kerja gaji ciput. Semua benda ialah duit sekarang. Aku bukan mata duitan sangat. Duit bila-bila saja Tuhan boleh tarik. Bagi aku cukuplah sekadar untuk keperluan diri aku, emak ayah aku, adik beradik aku.

2 kali aku pergi interview. Sumpah aku rasa memang 50-50 peluang.

Rezeki Tuhan. Aku dapat. Alhamdulillah.

Tapi Tuhan suruh aku tunggu 3 bulan untuk dapat jawapan.

Banyak benda boleh  berlaku dalam 3 bulan.

Aku ingatkan tidak berjaya. Aku ugut bos aku cakap kalau tak naik gaji, aku akan resign. Aku sanggup sambung belajar dari terus kerja. Bila kerja, kita akan ada komitmen tiap2 bulan. Untuk elak dari ada komitmen, jadi student. Fair. Kalau dia naikkan, aku tak akan resign dalam masa setahun.

Bos aku naik kan. Dalam rm800. Alhamdulillah.

Since aku dah tak yakin aku akan dapat kerja baru, aku plan macam-macam dengan bos lama.

Aku mintak dia tambah 2 pekerja, jadikan 5 orang untuk team aku. Aku letak syarat mesti yang cantik saja dia pilih. Dia buatkan. Bulan 9 akan masuk dua orang. Aku dapat juga.

Aku mintak dengan bos aku nak design sendiri susunan meja dalam office since aku akan berpindah ke bangunan baru. Dia bagi green light. Aku lukiskan dan dia bagi approval. Aku dapat juga.

Dulu aku ada class hari Sabtu. Dia tolong adjustkan working hour aku. Aku dapat cuti Sabtu. Dia buatkan. Aku dapat juga.

Kereta aku eksiden. Aku tiada transport. Dia datang ambik aku depan rumah pagi-pagi untuk pergi kerja. Kalau dia sibuk, sanggup dia cari mana-mana orang yang free untuk hantar ambil aku kerja. Dia sanggup buatkan. Aku dapat juga.

Kalau aku datang lambat dalam sebulan, dia tak akan marah bila tengok attendance aku. Dia akan terus sign surat tunjuk sebab aku tanpa banyak soal. Aku lepas dari bad record. Aku dapat juga.

Kalau aku nak listkan kebaikan company lama aku, memang banyak. Even company policy memamg macam tahi, dia sedaya upaya untuk jaga pekerja.

Bukan disebabkan dia ialah Cina. Tiada istilah kaum sebenarnya.

Terima hakikat yang kebanyakan company dalam Malaysia nie kebanyakan Cina yang pegang.

Kalau dia betul sayangkan kaum dia, mana Melayu macam aku nak kerja??

12hb 9 aku akan masuk tempat kerja baru.

Dia tanya apa yang buatkan aku sampai rasa nak resign dari company. Dia cakap aku masih muda. Kumpul dulu pengalaman banyak-banyak. Then keluar dengan status Senior Executive.

Aku pulak asyik fikirkan yang peluang dari company besar tidak akan selalu datang. Aku masih muda, lompat-lompat company tidak rugi untuk cari pengalaman baru.

Aku hanya excited dengan working hour company baru saja. 5 hari bekerja. Benefit lain aku rasa tidak jadi masalah. Setakat medical, aku boleh apply untuk insurans cover.

Sumpah aku sudah confius.

Aku tak tahu mana satu yang aku nak pilih.

Surat sudah sign.

Surat resign sudah hantar dengan bos lama.

Aku baru nak kenal-kenal orang dekat office lama.

Ya. Memang aku happy kerja sana.

Kalau aku boleh undur masa.

Aku akan fikir betul-betul.

Sekarang aku sudah rasa menyesal.

Ya Allah. Kalau betul pilihan aku, Engkau berkatilah urusan aku. Permudah kanlah urusan aku.

Kalau salah, Engkau berilah petunjuk.

Amin ya Allah.