Archive for the 'kamu..kamu..kamu..' Category

daily news

September 10, 2011

Aku tak suka bila ada perasaan macam nie.

Maksud aku perasaan bila terpaksa meninggalkan sesuatu yang aku rasa selesa, sayang.

Isnin depan aku akan bekerja di tempat baru.

Mungkin rezeki aku hanya di kilang-kilang sahaja. Ya aku terima. Langsung aku tidak pernah mengeluh dengan kurniaan Tuhan walaupun aku sebenarnya lebih meminati bidang kontaktor.

Tadi last day kat office.

Sayu jugak hati terasa.

Teman time sedih, gembira, rokok sekaki ,ponteng sembahyang, makan ,mengumpat, simpan rahsia, ponteng puasa.

2 tahun.

Rasa macam dah lama aku kerja kat sana.

Betol.

Tadi sesi bergambar.

Semua orang aku rasa macam nak peluk.

Mr.Ricky, Mr.Tan Nobita, Chris Lau Sizuka,Dayang Ku Intan, Penyu, Mr.Azmi ‘Mee Kote’, Sabariah, Fong Tiah, Abg Lie Gangster, Abg Zul BabyFace, Abg Azan Bodyguard, Ms Lim Comel-i like, Ms.Ong Crazy Mummy, Jennifer Hot Mama, SCNG Herbalife,Kelvin Yap Imam Muda, Ah Be Audit, Sam Tnay, Peggy Oh Ling, Samantha, Nora Masa Berlalu.

Semua satu geng.

Sumpah aku akan rindukan korang semua.

daily news

March 25, 2010

Aku dan dia.

Manusia ini seumpama patung kayu.
Setiap pahatan yang Tuhan bagi,
adalah untuk membentuk patung kayu yang
lebih teliti, cantik dan kemas sifatnya.

daily news

March 4, 2010

*juggling between work and blogging 😛

last monday, when i started to drive on my own all the way from subang to KL, mengigil kepala lutut, pergi kerja tu kalau boleh lepas subuh dah nak pergi. lawak nak mampos kot, and being the matter of jokes oleh my friends, dan juga family. bongok.*

dia lupa nak cerita apa yang sebelum tu.ok.jujurla aku nak cakap.first time aku duduk sebelah dia masa dia drive sendiri,dalam hati aku tak stop2 baca doa.semua doa yang aku ingat aku baca.tiap kali dia brek, aku cepat2 pegang seat kereta.even dia tengah drive, tangan aku cepat jer pegang batang signal tolak atas bawah (kanan kiri) ~perempuan memang xsuka bagi signal.

mata aku kejap tengok depan, kejap tengok side mirror.kejap tengok speed meter.semua tak kena la.

aku ingat lagi malam tu dia request nak drive dari subang ke loke yiew.aku yang dari subang nak terkencing, terus xjadi kencing lepas sampai kat petrol station kat loke yiew sana.fobia dalam kereta lebih kuat dari perasaan tahan air kencing.

sekarang dia dah ok sket kot.dan aku pon percaya yang sekarang dia dah pandai sket drive.just kena praktis lagi la.

*next week, aku akan rindukan kelisa cooper aku.dan neo will be mine.temporary la.

jaga my kelisa sama macam aku jaga kamu punya neo ok.

daily news

September 18, 2009

semalam memang hari yang aku tunggu sesangat sepanjang kerja dalam sebulan lebih neh..which is balik untuk raya la..wahhh..

dulu-dulu masa still ada title student lagi kat depan, selalu gak aku duk story2 dengan rumate aku, Mat Paih Nor Balkish yang aku memang excited gila kalau dapat kerja kat key-el..aku nak rasa pengalaman balik ikut highway time raya, bersesak-sesak atas jalan selama 12jam..memang kampung kan..hehe

sebelum balik tu, Mr. Raymo*d bagitau yang quotation aku buat pasal projek 2 buah pangsapuri 18 floor dengan parking lot 5 tingkat tu diorang kontraktor puas hati dengan steel design aku sekali dengan costing..aku bukan buat semua unit, just untuk intermediate unit dengan typical slab floor saja..so macam satu kepuasan la aku rasa setelah 2nd project aku selain dari pembinaan kompleks dewan kuliah UKM diapprove oleh kontraktor.alhamdulillah..

so maybe next month aku masuk stage baru plak dalam bidang aku, which is shear wall design using wire mesh (BRC)..aku pon baru tau jer yang dinding bangunan bleh jugak kalau kita guna BRC..gud luck!!

*********

habis jer kerja, pecut aku balik rumah even jalan jammed teruk pon dengan bazar ramadhan sampai la ke subang..lepas jer makan, terus aku tidur untuk recharge energy drive balik ke kelantan.

aku drive kereta adik aku, since mini cooper aku tak cukup vitamin C untuk naik bukit jalan kuala lipis sampai la ke gua musang..

btolak jam 3.30 pagi, sahur kat Genting Sempah dengan adik aku, my yatielicious, dan DR DRE 50 cent @paksu dee..

********

17…..19….kat tengah tu ada 18/9/2009..

heppy birthday syg!!

even semalam dia bising dalam kereta cakap her birthday tak sepatutnya habiskan masa sehari dalam kereta..dia nak kek secret respi, tapi aku dah belanja dia makan kue tiaw goreng, roti bakar 1 set, teh o suam kat genting..so kira ok la tu kan..bila lagi nak sahur kat tempat jauh camtu..hehehe..

wish u..

semoga panjang umur,murah rezeki, jadi anak yang baik, berjaya dalam hidup, jadi pekerja yang baik, panjang jodoh kita,bla..bla..bla..semua yang baik2 untuk awak la senang cerita..ok?ada paham?

ok..sambung esok plak untuk 19hb..hari kebesaran beta.. =)