daily news

June 3, 2011

Esok cuti.

Maksud aku esok hari Sabtu. Apa yang nak dihairankan sebab Sabtu memang kebanyakan orang cuti.

Kebanyakan, tapi bukan aku.

Bekerja di company yang berlainan bangsa *mata sepet memang susah untuk dapat yang boleh cuti Sabtu. Bukan tak ada langsung, tapi kalau yang jenis betul-betul old school punya *mata sepet memang macam tu.

No benefit at all. Kerja sebetul-betul kerja.

Memandangkan esok birthday Y.D.Agong, betul-betul jatuh hari Sabtu, memang tadi dekat pejabat, aku langsung tak ada mood nak bekerja. Office lengang since banyak yang cuti.

Aku ambik peluang main daun terup sampai ke petang. Rasa rugi pulak aku tak balik kampung. Plan nak pergi pejabat EPF settlekan pasal duit nak repair rumah, tapi delay lagi. Malas pulak aku rasa nak sangkut dalam jammed dekat faderal tu.

So esoknya kalau ikutkan plan, maybe aku akan ke Janda Baik. Ada apa kat sana aku pun tak sure lagi. Katanya ada air terjun. Ntahla. Macam malas pon ada. Kalau ikutkan percent malas tu, ada dekat dengan 80% dalam diri aku sekarang nak pergi. Since “dia” semangat sangat, aku ikutkan saja. Kalau boleh aku nak tidur saja esok. Dah agak lama rasanya aku tak pernah tidur lambat malam Jumaat dan bangkit lewat hari Sabtu.

Balik saja kerja,maksud aku Sabtu, baru nak lelapkan mata, tengok jam sudah petang. Rushing bersiap untuk keluar dengan “dia”.

Tengok.

Pasal “dia” aku just ikut saja apa yang dia hendakkan.

Maybe “dia” akan kata aku tak ikhlas esok, tapi kalau pasal perkara yang aku hendakkan, aku boleh kata ” Dia Memang Drama Queen”.

Oh ya lupa, aku punya mini cooper dah bertayar baru 4 biji. Rasa confident sikit nak drive jauh-jauh. So next month, aku plan nak tukar bateri pulak.

Semua benda perlu perancangan. Especially kalau yang melibatkan duit.

Aku tak mahu kaya, aku nak dimurahkan rezeki saja.

Amin.


daily news

June 1, 2011

Phewit.

Phewit.

Phewitttttttttt….

Ya Tuhan. Sungguh aku rindu nak menulis. Sungguh sesungguh sungguhnya.

Bila aku baca balik post aku yang lepas-lepas, satu-satu aku buka, oooooo aku rasa macam benda tu semua baru jer berlaku walau dah dekat 2 tahun.

Aku menulis bukan sebab untuk orang lain baca apa yang aku tulis, tapi hanya untuk satu kenangan sebelum aku lupa suatu hari nanti. Nanti bila dah berumur 40,at least aku ada sesuatu untuk ditunjukkan pada anak-anak aku. Itu pun kalau mereka nak baca la.Phew.

Tiba-tiba rasa semangat nak menulis. HAHAHA.

Hope kali ini akan berterusan.

Maybe sebab aku sudah ada keyboard baru.Salah satu sebab aku malas untuk menulis kerana keyboard laptop aku rosak. Huruf S dengan W tekan guna lutut pon still tak keluar abjadnya.

Apa lagi aku nak cerita. Eiii banyak la. Tapi tak tahu mana nak start.

Oh ya. Aku baru saja celebrate Anniversary aku dengan dia yang ke -5 tahun. Then insyallah raya tahun ini aku akan bertunang. Pasal itu lain post aku cerita dengan panjang lebar.

Yang paling penting, hari ini aku masih lagi merajuk dengan dia. Merajuk mungkin sesuai untuk budak-budak , tapi aku hendak jugak cakap yang aku masih merajuk dengan dia. Dia tak nak layan aku. Tapi aku layan apa yang dia nak.
Sungguh tak adil.

Ok lah. Sampai saja disini.
Nanti terover excited. Takut tak dapat tidur malam.


daily news

August 10, 2010

1st entry 1 Ramadhan 2010.

* sunyi sebab duduk sorang-sorang dalam rumah. Cuti MC 2 hari.Itu pun cuti tipu.Kesian emak aku kena buat surat MC tipu. heaven =)

Fuck Engte*x!!

Habis jamban  rumah aku sental dgn berus sampai putih sbb bosan sangat xtahu apa nak buat.

Tahniah untuk abang aku, Mohd Nadzmy yang sudah berumahtangga. Walau  dia sampai 4x lafaz akad nikah kena ulang depan kadi.

Ok esok puasa.

Esok jugak aku ada class. EnvironMENTAL Management. Subjek yang paling aku tak faham Prof Parfu Kari tu ajar. Aku rasa macam nak ponteng. BUKAK PUASA KAT RUMAH LAGI BEST. *sob sob sob.berbuka sorang-sorang

Aku tak tau la macamana aku bleh handle time orang sibuk-sibuk balik office pergi bazar cari makan, aku plak sibuk drive pergi class. Cakap pasal class, aku satu apa pun tak sentuh lagi. Exam bulan 10.

Malas aku nak mengarut panjang. * saja ambik kick start untuk tulis blog balik. blog ialah diari aku.itu jer. ada orang nak baca ke tak,

ADA AKU KESAH???


daily news

June 4, 2010

Kesian blog aku. Agaknya dah masuk sebulan aku tak menulis.Bukan ada orang baca pun.Kalau ada hanyalah ‘Dia’..Obesiti..hehehe

Selepas sebulan.Plan aku nak berhenti kerja agak terbantut sedikit sekarang. Aku baru jer dapat sambung aku punya Master kat Uitm Shah Alam. Ntah la, aku pun tak tau lagi either aku nie dah prepare ke belum untuk jadi student balik. Kadang-kadang rindu jugak aku time study dulu-dulu. Tapi itu dulu, ada kawan kat sebelah untuk teman aku study, tanya benda yang tak faham. Tapi sekarang aku hanya sorang-sorang. Siapa nak buat assignment nanti? Nanti kalau aku nak tiru camna nanti? Kalau aku tak datang class, siapa nak tolong signkan attendance?

Last sekali…Tujuan apa aku ambik master pun aku tak tahu.. =)