daily news

June 13, 2011

Tadi kan masa otw aku balik kerja, aku suka dengar radio Fly.fm.

Sebabnya kalau pukul 5.30 petang camtu, ada segmen untuk orang-orang yang single, orang yang kena rejeck,orang yang kurang keyakinan diri, untuk proposed their love to admirer.

Ada yang sangkut. Yang itu biasa la. Tak pelik pun.

Kalau bab yang kena reject tu, ada satu kali tu aku dengar, memang aku gelak macam setan dalam kereta. Aku rasa macam aku nak keluar dari kereta time tu jugak, lari dekat traffic light, lepas tu aku nak terajang orang yang bawak motor sorang sorang!!!

Boleh si mamat tu dengan macho bagitau kat DJ yang dia yakin perempuan tu mesti dia dapat. Sebabnya dia rasa perempuan tu dah kasi hint, means green light la. Mamat tu tunggu perempuan tu dah 13 tahun.

13 tahun tu.

13 tahun tuuuuuuuuuuuuu.

So DJ pon akan call perempuan tadi bagi tau sikit2 clue pasal ada sorang laki minat dengan dia, and dia yakin sangat yang perempuan tu akan terima lamaran dia secara live satu Malaysia dengar.

Tiba-tiba aku rasa ” Waaaaaaaaaaaaaaa..romentik nya dia”.

Bila perempuan tu dah boleh agak siapa, so DJ tu kasi la dua orang tu bercakap live.

And guess what?

Perempuan tu tolak lamaran laki tadi.

“And dia jawab dia memang tak ada hati langsung kat laki tadi.”

“Dia kawan dengan laki tadi pon sebab dia tak sampai hati tengok kesungguhan laki tadi.”

“Dia cakap even lelaki tadi tunggu sampai 100 tahun pon memang dia tak akan jatuh hati dengan laki tadi”

Aku rasa macam nak termuntah!!

Bergoyang kereta aku  menggelepar sorang-sorang.

Tiba-tiba aku imagine bagaimana muka lelaki tu bila dengar yang perempuan cakap macamtu.

Aku rasa muka laki tadi terus kemek macam nie bila kena reject. Terus mulut kena kunci!!

Romentik biar bertempat.

Wak lu!!!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: