daily news

June 5, 2011

“Hello Nazli aa.

Apa pasal you tada main itu badminton sikalang?

Last Tuesday you pon tara main woo”, katanya Mr Lim yang sedaya upaya bercakap Melayu.

“Aiya, itu hari lu tada call i. Ingatkan you suda tak mau main sama saya”, jawabnya aku bersungguh-sungguh.

“Main woo. Esok you datang la, kita main pukul 8.30 pagi”.

Terus aku bersetuju.

Lately aku gemar bersukan. Sebab dah lama tidak mengeluarkan peluh. Rasanya dah dekat sebulan aku asyik makan tidu saja.

Tubuh aku bukan macam orang lain. Even aku makan sikit saja, dia tetap naik.

Katanya emak aku,” Engkau tu metabolisme kurang, itu yang gemuk tu!”.

Helloooooo  mak, saya bukan segemuk yang disangka okey.

Bulan lepas seorang kawan aku meninggal dunia. Katanya malam sebelum arwah meninggal tu, dia mengadu sakit dada. Malam tu jugak bawa masuk hospital, then pagi itu jugak dia meninggalkan kami dengan seribu kenangan.

Semoga Allah tempatkan arwah Mat Yeen di kalangan orang yang mendapat keberkatan. Amin.

Dan malam Jumaat itu juga, abang aku memberitahu yang kawan nya juga baru meninggal dunia ketika arwah sedang tidur. Innalillah.

Semalam aku ke Janda Baik.

Tempatnya nice macamtu. Tapi kalau untuk berenang memang tak sesuai la since airnya terlampau “dalam”.

Aku just baring saja dalam sungai. Itu pon tak tenggelam jugak.

Kepada sesiapa yang terambil beg plastik bewarna pink, yang ada sudu dengan pisau kat dalam tu, sila pulangkan dengan kadar segera ya. Kat rumah sekarang tinggal satu sudu saja. Itu pon nasib baik aku tak bawa semalam.

Pulangkan!!

Marah nie!!

 

Gambar yang kedua ialah gambar terakhir aku makan nasik lemak menggunakan SUDU di tempat kejadian  sebelum dia dilaporkan hilang. Kepada sesiapa yang terjumpa atau terambil atau mempunyai niat jahat keatas sudu rumah saya, sila lah pulangkan dengan kadar yang segera atau bawalah  ke Balai Polis yang berhampiran dengan kediaman kamu.

Gambar yang ketiga, aku cuba buatkan muka aku macam sudu. At least aku boleh kurangkan situasi tegang dekat rumah yang mengalami krisis masalah kekurangan sudu.

Krisis lagi, masalah lagi.

Darurat.

Pulangkan!!

Aku saspek “dia” ataupun Ina yang keluarkan beg plastik itu dari poket beg aku.

Pulangkan!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: